KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia (AF) 2013, Faizul mengesyaki insiden kereta miliknya dicalar semalam dilakukan secara sengaja oleh individu tertentu.
#Bagaimanapun, Faizul tidak menyimpan dendam sebaliknya memaafkan pihak tidak bertanggungjawab itu. Faizul atau nama sebenarnya, Mohd Faizul Sani,31, berkata, setakat ini tiada laporan polis dibuat kerana tidak mahu kes itu dipanjangkan. "Biar apa pun niatnya, saya memaafkan tindakan yang jelas sekali dilakukan untuk merosakkan kereta saya. Kita dapat melihat perbezaan antara perbuatan dilakukan anak kecil atau ada orang memang sengaja mencalarkan bahagian tertentu. "Kesan calar itu bermula dari bahagian belakang kereta sehingga ke tempat duduk penumpang.
#Malah, kereta saya perlu dicat semula bagi menutupi kecacatan itu," katanya. Namun, Faizul tidak merancang untuk memperbaiki kesan calar dalam masa terdekat. "Biarlah individu itu melihat hasil kerjanya sehingga dia berpuas hati," katanya kepada BH Online. Penyanyi lagu Perempuan itu menjelaskan, dia meletak kereta di parkir kawasan rumahnya dan menyedari kesan calar itu keesokannya. Dalam nada terkilan, Faizul berharap individu yang melakukan tindakan tidak bermoral itu berpuas hati dengan hasil calar pada keretanya.
#"Setahu saya, tidak ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya. Namun, kita tidak tahu sekiranya ada yang menyimpan perasaan benci atau dengki pada kita. "Pelbagai andaian boleh dibuat berdasarkan insiden ini. Mungkin ada yang beranggapan saya hidup mewah, namun tidaklah senang seperti yang disangka," katanya. Dalam perkembangan terbaharu, single beliau berjudul Jatuh hasil nukilan Faizal Tahir sudah mula dimainkan di corong radio tempatan.
Friday, January 15, 2016
Filled Under:
Kereta kena calar...Semua orang ingat Faizul hidup senang dan mewah. Hakikatnya??
Posted By:
admin2
on 4:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment