Friday, January 15, 2016

Filled Under:

Ali Setan kritikal..Tenat!! Ahli keluarga minta doakan............



AKTOR Azmil #Mustapha, 63, yang cukup terkenal dengan watak Ali Setan kini dikhabarkan sedang tenat di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU), Hospital Putrajaya.

Penyakit #jantungnya dikhabarkan sudah semakin teruk sehingga doktor memaklumkan serta menasihatkan semua ahli keluarga terdekat berkumpul dan datang ke hospital.

Menerusi #kenyataan adiknya, Aziph Mustapha di laman Facebook, dia memohon agar semua pihak mendoakan kesihatan abangnya.

Memetik #kenyataan di Berita Harian, Aziph berkata, “pada awalnya, keadaan abang okay sehingga jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada. Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung. Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya.”

Sementara #itu, menurut anaknya, Syamira, doktor memaklumkan keadaan kesihatan ayahnya sekarang kritikal.

Azmil, #pelakon era 80-an cukup terkenal dengan filem lakonannya seperti Ali Setan, Mekanik, dan Suara Kekasih. -mynewshub




0 comments:

Post a Comment