#KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memindahkan guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) buat sementara waktu hingga siasatan berhubung isu penghinaan yang didakwa berunsur rasis berlaku di sekolah itu, selesai.
#Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata tiga lagi guru sekolah berkenaan yang terbabit dalam isu yang sama akan dipindahkan. Difahamkan, rentetan beberapa isu yang berlaku di sekolah itu sebelum ini, ketiga-tiga guru berkenaan memohon kepada PPD pada November lalu untuk dipindahkan mulai bulan ini. Katanya, kementerian menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu membabitkan guru besar berkenaan dan tiga guru itu yang dijangka selesai dalam tempoh tiga hari. "Susulan isu SJKC Pai Chee, penyelesaian positif. Laporan penuh dijangka siap dalam tempoh tiga hari bermula dari tarikh siasatan awal.
"Harap semua pihak terus bertenang dan tidak menganggap ini satu isu perkauman. Kes seperti ini jarang berlaku," katanya menerusi #catatan di laman Facebook miliknya malam ini. Kelmarin, seorang daripada tiga guru berkenaan membuat laporan polis kononnya pihak sekolah tidak melindunginya dalam beberapa insiden kekecohan dan dihina oleh anak muridnya dan ibu bapa murid berkenaan. Salinan laporan polis itu turut menjadi viral di laman sosial.
#Dalam laporan itu, guru berkenaan mendakwa dia dan dua orang lagi guru di sekolah itu pernah dihalau oleh guru besar yang didakwa menggunakan kata-kata berunsur rasis, selain guru besar itu turut menemui PPD untuk meminta ketiga-tiga guru itu dipindahkan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar, mengesahkan menerima laporan daripada guru berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.
#Katanya, polis sudah mengambil keterangan guru berkenaan dan beberapa lagi pihak bagi membantu siasatan. "Berdasarkan siasatan awal, polis percaya berlaku salah faham di antara guru, murid dan ibu bapa murid berkenaan. Tiada unsur perkauman dalam kes ini. Beri ruang kepada kami untuk jalankan siasatan," katanya.
Thursday, January 14, 2016
Filled Under:
Cikgu kata perkauman...Polis kata salah faham.... Apa yang berlaku sebenarnya???
Posted By:
admin2
on 7:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment