Dungun : Tiga sahabat maut #selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan lori tangki di Kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka, pagi tadi.
Mangsa yang maut dikenal #pasti Muhammad Rashid Yoon Chow, 48, dari Durian Mentangau serta Irwan Khalid, 37, dan Mohd Nizam Ismail, 46, masing-masing berasal dari Paka.
Dalam kejadian 6.40 pagi itu, kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di situ sebelum melepasi pembahagi jalan dan #merempuh lori tangki yang datang dari arah bertentangan.
Pertembungan itu #menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba #dan Penyelamat Paka, Mohamad Jusoh berkata, enam anggota Bomba dengan sebuah jentera tiba di tempat kejadian, pada 6.50 pagi.
Katanya, kesemua #mangsa yang meninggal itu dibawa keluar dan diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya.
Thursday, January 14, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment