#Setiap pasangan bercinta pastinya mahukan hubungan yang terjalin diakhiri dengan ikatan sah.
Cinta suci murni yang wujud antara kedua-duanya juga dijalani bukan sekadar suka-suka sebaliknya diwarnai dengan pelbagai rasa untuk menempuh hari bahagia.
Namun, tidak semua bernasib baik kerana ada yang kecundang akhirnya.
Menganggap bukan jodoh berdua, pasrah dan reda adalah ubatnya. Tidak sesekali menangisi apa yang sudah dilalui, berdoa kepada Yang Satu #jalan terbaik bagi segalanya.
Bagi pelakon Sheera Iskandar, 30, pengalaman yang dilalui banyak mendewasakan diri. Tewas dalam hubungan yang dibina mengajarnya erti #mencari cinta sejati.
Selepas tiga tahun hidup menyendiri tanpa kekasih hati, Sheera mengharapkan selepas ini dia bertemu lelaki terbaik yang dapat menjadi suami dan bukan sekadar peneman di sisi.
“Selepas putus cinta tiga tahun lalu, saya belum ada lagi pengganti. Alhamdulillah, apabila bergelar solo saya rasa ok. Mungkin sebab keluarga sentiasa ada bersama, itu yang membuatkan saya jadi lebih tenang,” katanya yang turut menafikan dia melangsungkan pertunangan hujung minggu lalu.
Dulu dia pernah kecewa kerana putus tunang. Kemudian pengganti yang diharap dapat membawanya ke gerbang perkahwinan juga memusnahkan #impiannya.
Masih percaya akan setiap ketentuan, Sheera tidak menganggap dirinya insan malang dalam percintaan.
“Saya tidak pernah rasa yang diri ini tak bertuah dalam bercinta, cuma apabila dengan yang sebelum ini saya meletakkan hubungan kami #seperti kawan, rasa cinta itu secara semula jadi berlalu pergi. Sehinggakan apabila dia bertemu pengganti, saya tidak rasa ‘sakit’ pun. Lagi satu, apabila hanya berkawan macam mana saya mahu hormat dia untuk menjadi suami,” kata anak pelakon Aznah Hamid ini.
Pelakon #yang sering membintangi drama terbitan Skop Production ini turut menjelaskan kehidupannya kini lebih banyak bersama keluarga.
Sheera juga mengharap mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya selepas ini bukan saja menerima dia, tetapi juga keluarganya.
Lebih #tenang selepas berhijrah
Kedatangan bulan Ramadan tahun ini maka genaplah setahun penghijrahan Sheera.
Sejak mula mengenakan hijab, hidupnya dirasakan lebih tenang.
Serba #serbi yang dilalui dirasakan tidak seperti dulu. Bukan paksaan, tetapi ia lahir atas dasar kesedaran dan tuntutan.
Mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya, Sheera nyata tidak bersetuju dengan cakap-cakap yang menganggap perubahannya itu bagi menutup kekecewaan yang dirasai.
“Putus cinta bukan masalah besar buat saya. Saya tak ambil kisah sangat sehingga saya tak rasa ia putus cinta. Mungkin kehadirannya sebelum ini belum betul-betul menyakinkan saya, jadi kehilangannya juga tidak terlalu dirasai. Jadi segala cerita yang mengatakan saya berhijab sebab nak lupakan kisah silam adalah tidak benar,” katanya.
Mungkin sudah rezekinya juga, penghijrahan yang dilakukan memberikan 1,001 nikmat lain. Bukan sahaja di dalam diri, tapi juga dalam #kerjaya yang diceburi.
Selain masih aktif berlakon, Sheera yang kini sibuk di lokasi penggambaran telefilem Takdir Cinta untuk siaran TV AlHijrah, kini dilantik #menjadi duta produk kecantikan sejak Mac.
Friday, January 15, 2016
Filled Under:
Benarkah sheera berubah setelah dikecewakan?? Sehingga jadi terlalu memilih pasangan......
Posted By:
admin2
on 3:18 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment