Friday, January 15, 2016

Ali Setan kritikal..Tenat!! Ahli keluarga minta doakan............



AKTOR Azmil #Mustapha, 63, yang cukup terkenal dengan watak Ali Setan kini dikhabarkan sedang tenat di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU), Hospital Putrajaya.

Penyakit #jantungnya dikhabarkan sudah semakin teruk sehingga doktor memaklumkan serta menasihatkan semua ahli keluarga terdekat berkumpul dan datang ke hospital.

Menerusi #kenyataan adiknya, Aziph Mustapha di laman Facebook, dia memohon agar semua pihak mendoakan kesihatan abangnya.

Memetik #kenyataan di Berita Harian, Aziph berkata, “pada awalnya, keadaan abang okay sehingga jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada. Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung. Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya.”

Sementara #itu, menurut anaknya, Syamira, doktor memaklumkan keadaan kesihatan ayahnya sekarang kritikal.

Azmil, #pelakon era 80-an cukup terkenal dengan filem lakonannya seperti Ali Setan, Mekanik, dan Suara Kekasih. -mynewshub


Sebenarnya kita masih belum jawab salam......??

CARA MENJAWAB, JIKA ORG BERKIRIM SALAM KPD KITA:

97% #muslim yang aku jumpa bila disebut: “Jef, Naz kirim salam”.
Akan dijawab,
“Yeke? WA’ALAIKUMUSSALAM”.
Nmpk mcm takde masalah kan?
Tertanya2 jgk apa masalahnya kan?
Yupp, #memang ada masalah.
Sebenarnya, jelas di dalam hadis nabi SAW, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (org tengah) maka jawapan yg #diberi kpd kiriman salam tu bukannya, ‘waalaikumussalam’
tapi…
“wa’alaika wa’alaihissalam”.
Sbb apa?
Azuan #suruh Ali kirim salam kat Ain Su.
Ain Su jwb “wa’alaikumussalam”.
Sdgkan:- “Wa’alaikumussalam= Selamat sejahtera ke atas KAMU.
Jadi, salam Azuan kpd Ain Su tak terjawab kan?
Sbb Ain Su doakan salam tu kepada Ali.
SEDANGKAN #ALI TU ORG TENGAH.
Manakala:-
Wa’alaika #wa’alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.
Maka salamnya terjawab. Indahnya islam.
Note: #hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB.
*Sebarkan, jgn mintak izin, Ilmu2 Allah ni utk disebarkan.


Dalam idah sudah bertunang dengan orang lain.....Hurm.....Masa bila bercintanya???

Keputusan pelakon #Raja Farah, 27, mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu mengundang 1001 persoalan terutama tempoh idah.

Menjelaskan perkara itu, #pelakon filem Aku Masih Dara ini mengakui merujuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum membuat keputusan.

“Mengikut perkiraan, #tempoh idah saya berakhir pada 22 Julai lalu selepas tiga kali suci seperti dijelaskan pihak berkenaan.

“Jadi, pada 8 Ogos #lalu pihak lelaki menghantar rombongan merisik sebelum bertunang pada keesokan harinya. Jadi tak ada masalah untuk saya bertunang atau melangsungkan pernikahan,” katanya.

Mengambil kira #kesungguhan yang ditunjukkan bakal suami untuk memperisterikannya, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz menafikan keputusan terbabit dibuat secara tergesa-gesa.

“Sebelum ini tidak terfikir untuk berkahwin. Cuma diakui kami mula berkawan ketika saya masih dalam idah.

“Sepanjang #perkenalan, hubungan kami sentiasa dipantau ibu bapa masing-masing.

“Saya masih waras dan tahu batas. Kami lebih banyak berhubung menerusi khidmat WhatsApp. Kalau berjumpa, pasti saya ditemani seseorang,” katanya.

Mengimbau #detik perkenalan, Raja Farah dan bakal suami terserempak di sebuah restoran dua hari sebelum menyambut Ramadan.

“Perkenalan kami secara kebetulan. Ketika itu saya dan keluarga sedang menikmati makan malam dan tanpa sedar ada lelaki asyik memerhati.

“Mulanya dia tidak mengenali saya, tetapi selepas diberitahu rakannya, dia berusaha mendapatkan nombor telefon saya di akaun Instagram,” katanya.

Kehadiran jejaka berusia 33 tahun yang diperkenalkan sebagai II itu mengisi kekosongan hati Raja Farah selepas sah becerai pada 25 Mei lalu.

“Cara dia #mendekati saya dan keluarga buat saya terharu. Daripada situ saya nampak kesungguhanya.

“Tambahan pula, selepas bercerai hati saya kosong. Kehadirannya tepat pada masa dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya,” katanya.

Merahsiakan #tempoh pertunangan, Raja Farah bagaimanapun memaklumkan majlis nikah akan berlangsung dalam waktu terdekat.

“Insya-Allah apabila kad jemputan diedarkan, jemputan akan tahu tarikhnya. Buat masa ini biarlah dirahsiakan dulu.

“Majlis nikah akan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong disusuli acara resepsi di Hotel De Palma Ampang,” katanya.

Meskipun beberapa kali dipujuk mendedahkan identiti bakal suami, Raja Farah dengan lembut menjelaskan dia belum bersedia.

“Saya minta maaf kepada semua. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama. Tujuannya bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku sebelum ijab kabul.

“Cukup saya katakan dia masih bujang, berasal dari Ampang dan seorang ahli perniagaan,” katanya.

Menurutnya #lagi, status janda bukan kekangan untuk mengecapi kebahagiaan berumah tangga sekali lagi.

“Mulanya dia tidak tahu saya pelakon dan status saya. Namun, selepas tahu dan bertanya kesahihannya, dia dapat terima dengan hati terbuka.

“Malah #keluarganya berfikiran terbuka dan menerima baik kehadiran saya,” katanya yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei lalu.


[ThrowBack] Suasana hiba menyelubungi putusnya kasih Eddie dan Isterinya.......

Kuala Lumpur: Perkahwinan yang baru menjangkau usia setahun sebulan di antara penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman dan suaminya, Mohd Eddie Ghazali akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.

Mohd Eddie, 46, yang sebak melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Raja Azmi, 55, kelmarin.

Raja Azmi memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

#Suasana di dalam mahkamah bertukar sedih apabila pasangan itu bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Mohd Eddie melafazkan cerai.

Mohd Eddie yang memakai kemeja ungu dan berseluar hitam dilihat sebak sehingga menitiskan air mata sebelum melafazkan cerai terhadap Raja Azmi.

Shaiful #Azli kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Gombak Timur dan sijil nikah dibatalkan.

Pada prosiding i#tu, Mohd Eddie tidak diwakili peguam manakala Raja Azmi yang anggun berbaju kurung pucuk hijau pisang dan berselendang hitam diwakili peguam syarie Roslizam Rahim.

Mereka hadir 3bersama-sama dengan menaiki sebuah kereta pada jam 2.30 petang dan pulang sejam selepas prosiding kes itu.
Terdahulu ketika prosiding bermula, Roslizam memaklumkan mahkamah pihaknya menyerahkan saman kepada Mohd Eddie selaku defendan semalam.

Berdasarkan #fakta kes, Roslizam berkata pasangan itu sudah tidak mempunyai persefahaman di dalam perkahwinan dan wujudnya shiqa’ (perbalahan) berpanjangan.

“Perkahwinan #pihak-pihak sudah tiada sakinah, mawaddah dan rahmah. Mereka sudah berbincang hati ke hati dan bersetuju menamatkan perkahwinan ini sekiranya dibenarkan mahkamah. Pihak-pihak sudah tidak tinggal bersama sejak 19 Ogos lalu hingga kini,” katanya.

Selepas membenarkan #permohonan itu, mahkamah menasihati pasangan itu supaya mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi dan tidak ulangi lagi kesalahan lalu.

Pasangan itu #dinikahkan pada 13 Oktober tahun lalu dalam satu majlis gilang-gemilang di Laman Santai, Istana Budaya.

Sementara itu, #Mohd Eddie ketika ditemui media selepas prosiding melahirkan rasa sedih dengan perceraian itu namun perlu menerimanya.

Ditanya adakah #dia dan Raja Azmi akan kembali bersatu semula, Mohd Eddie tidak menolak sekiranya perkara itu terjadi.

Raja Azmi pula #berkata, dia reda dengan ketentuan Allah kerana terpaksa mengharungi perceraian kali kedua.

“Buat kali kedua, perkahwinan Kak Mi gagal lagi. Kak Mi lebih sedih terhadap abang Eddie kerana ini (cerai) kali pertamanya. Kali ini kak Mi lebih #tenang namun perasaan sedih tetap ada,” katanya.


Ini sebab kenapa tidak boleh simpan HP dalam Poket...terutamanya Iphone!!


#Seorang lelaki mengalami sedikit kecederaan dibahgain pahanya selepas iPhone 6 miliknya meletup secara tiba-tiba di dalam poket seluarnya.

Menurut Muhammad Asyraf Daud, kejadian berlaku ketika beliau sedang berjalan di sekitar Jonker Walk, Melaka kira-kira jam 11 malam di mana #iPhone itu meletup.

"Selepas #terdengar bunyi letupan yang agak kuat, saya terasa paha saya panas seperti emelcur dan cepat-cepat ambil telefon berkenaan dan buang ke atas jalan."

"Keadaan telefon tersebut ketika terbakar seperti asap vape dalam kereta yang tidak dibuka tingkap atau dalam kata lain berkepul-kepul keluar," katanya ketika dihubungi.

Menurut #Asyraf lagi, keesokan harinya dia telah pergi ke Mac City di Dataran Pahlawan untuk merujuk hal itu.

"Pihak Mac City bagitahu saya mereka akan cuba menyiasat kejadian ini kerana jika tiada kesan yang meragukan mereka akan ganti baru."

"Saya #sedikit tidak berpuas hati kerana kata mereka saya mungkin mengubah suai telefon yang saya beli awal Februari lalu menyebabkan kejadian tersebut berlaku sedangkan saya tidak pernah buka atau 'baraikan' telefon tersebut,'' katanya.






Kereta kena calar...Semua orang ingat Faizul hidup senang dan mewah. Hakikatnya??

KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia (AF) 2013, Faizul mengesyaki insiden kereta miliknya dicalar semalam dilakukan secara sengaja oleh individu tertentu.

#Bagaimanapun, Faizul tidak menyimpan dendam sebaliknya memaafkan pihak tidak bertanggungjawab itu. Faizul atau nama sebenarnya, Mohd Faizul Sani,31, berkata, setakat ini tiada laporan polis dibuat kerana tidak mahu kes itu dipanjangkan. "Biar apa pun niatnya, saya memaafkan tindakan yang jelas sekali dilakukan untuk merosakkan kereta saya. Kita dapat melihat perbezaan antara perbuatan dilakukan anak kecil atau ada orang memang sengaja mencalarkan bahagian tertentu. "Kesan calar itu bermula dari bahagian belakang kereta sehingga ke tempat duduk penumpang.

#Malah, kereta saya perlu dicat semula bagi menutupi kecacatan itu," katanya. Namun, Faizul tidak merancang untuk memperbaiki kesan calar dalam masa terdekat. "Biarlah individu itu melihat hasil kerjanya sehingga dia berpuas hati," katanya kepada BH Online. Penyanyi lagu Perempuan itu menjelaskan, dia meletak kereta di parkir kawasan rumahnya dan menyedari kesan calar itu keesokannya. Dalam nada terkilan, Faizul berharap individu yang melakukan tindakan tidak bermoral itu berpuas hati dengan hasil calar pada keretanya.

#"Setahu saya, tidak ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya. Namun, kita tidak tahu sekiranya ada yang menyimpan perasaan benci atau dengki pada kita. "Pelbagai andaian boleh dibuat berdasarkan insiden ini. Mungkin ada yang beranggapan saya hidup mewah, namun tidaklah senang seperti yang disangka," katanya. Dalam perkembangan terbaharu, single beliau berjudul Jatuh hasil nukilan Faizal Tahir sudah mula dimainkan di corong radio tempatan.




Kisah Isteri pengacara dan penyampai radio yang dipenjara kerana melanggar perintah mahkamah....

Shah Alam: #Bekas isteri pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley dipenjara tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana melanggar perintah mahkamah membabitkan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania yang difailkan Jimmy, dua tahun lalu.

Hakim Syarie, #Mawardi Che Man memutuskan demikian terhadap Nursuhaila Eliani Suhaimy, 29, selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan wanita itu.

Bagaimanapun, #mahkamah menangguhkan sehingga 4 petang ini untuk peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili Nursuhaila memfailkan permohonan bertulis bagi menggantung pelaksanaan hukuman itu ke atas anak guamnya.

Pada 7 Mei 2013, #Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 35, memfailkan permohonan perintah komital (pemenjaraan) terhadap Nursuhaila Eliani yang didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah.

Jimmy mendakwa #masih gagal berjumpa anaknya, walaupun mahkamah pada 8 April 2013 mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya.